Sesuatu Yang Tidak Terpikir…
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati karena anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adlh karena dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman dari anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan karena anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui, menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehnya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehnya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala makihan, caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluapkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah waktu untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.
Hanya semenit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya….
February 14th, 2008 at 3:41 am
Huff .. panjang dan kecil jadi repot mau baca ….
Tentang cinta emang gak pernah habis kl dibahas.